Masjid Sultan Ibrahim, Muar

Selamat datang ke Laman Rasmi Masjid Sultan Ibrahim, Muar

26 Mei 2014 (26 Rejab 1435H) - Isnin 6.30ptg
Ceramah Israk Mikraj


Ceramah Israk Mikraj ini akan disampaikan oleh Tuan Haji Sulaiman Bin Sharif (mantan Pegawai Pendidikan Agama Daerah Segamat). Semua jemaah dijemput hadir.


18 Mei 2014
Hari Penilaian Majlis Anugerah Masjid Malaysia - Masjid Sultan Ibrahim Muar.

 
















 

6 Mac 2014
Majlis Solat Hajat Minta Hujan

Anjuran Bersama Masjid Sultan Ibrahim Muar dan Pejabat Kadhi Daerah Muar.

Tarikh : 6 Mac 2014
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Masjid Sultan Ibrahim Muar

Tuan/puan dijemput hadir beramai-ramai agar dapat kita sama-sama bersolat hajat serta berdo'a kepada Allah s.w.t. memohon keampunan dariNya, semoga dilimpahkan rahmatNya dan diakhiri kemarau yang berpanjangan yang melanda negeri kita Johor khasnya, dan negara kita Malaysia amnya.

 

10 Januari 2014
MAJLIS CERAMAH PERDANA DI AMBANG MAULID AL RASUL 1435/2014
Anjuran Bersama Masjid Sultan Ibrahim Muar dan Majumaz Aktif Sdn. Bhd., Selangor.

Tarikh : 10 Januari 2014
Masa :
Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Sultan Ibrahim Muar
Pencaramah : Y.Bhg. Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz Mantan Pegawai Agama Istana Kuala Lumpur
Moderator : Y.Bhg. Hj. Subirin Bin Hj. Sahan Pengerusi Majumaz Aktif Sdn. Bhd., Selangor

Tuan/puan dijemput hadir beramai-ramai ke majlis ceramah ini.

 

2-3 Januari 2014
Program Jumaat Qubra

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni AlMarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Sultan Johor, telah mengisytiharkan Hari Jumaat sebagai cuti mingguan bagi Negeri Johor pada 22 November 2013. Baginda bertitah di Majlis Sambutan Hari Keputeraan Baginda di Dewan Jubli Intan Muar.

Sebagai menghargai dan menjunjung kasih ke bawah DYMM Sultan Johor di atas pengisytiharan tersebut, Lujnah Masjid Sultan Ibrahim Muar akan mengadakan Program Jumaat Qubra pada 2-3 Januari 2014 di Masjid Sultan Ibrahim Muar.

Aturcara Majlis

2 Januari 2014 - 7.15 mlm

 

Solat Maghrib. Solat Hajat. Bacaan Yaasin, Tahlil & Do'a Kesyukuran. Jamuan. Solat Isyak. Ceramah Jemputan. Qiamullail.


3 Januari 2014 - 5.55 pagi

 

Solat Subuh. Kuliah Subuh oleh Penceramah Undangan.


3 Januari 2014 - 9.00 pagi Ceramah Motivasi Pelajar Sekolah Menengah. Solat Jumaat. Pembahagian Bubur Lambuk. Selesai.

Bagi menjayakan Program di atas, kepada ahli qariah Masjid Sultan Ibrahim Muar khasnya dan penduduk Muar amnya diharapkan dapat hadir beramai-ramai. Semoga kehadiran dan kerjasama tuan/puan dapat menyerikan lagi majlis yang tersebut di atas dan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT.


21 November 2013
Majlis Tahlil dan Do'a Kesyukuran sempena
Majlis Ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor

Ketibaan DYMM Tengku Mahkota Johor dan kerabat-kerabat DiRaja.



Majlis Tahlil.


DYMM Tengku Mahkota Johor bersalaman dengan para jemaah.


Para hadirin menjamu selera.

22 November 2013
Majlis Forum sempena
Majlis Ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor

 

23 November 2013
Majlis Penyampaian Darjah Kebesaran sempena
Majlis Ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor

Pengisytiharan cuti umum hujung minggu kepada hari Jumaat dan Sabtu bagi seluruh negeri Johor Darul Takzim bermula pada 1 Januari 2014.


24 November 2013
Pertandingan Bot Berhias and Pertunjukan Bunga Api sempena
Majlis Ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor

Pertandingan bot berhias dan pertunjukan bunga api.
 
Pertandingan bot berhias dan pertunjukan bunga api.

Menu Seterusnya

 
 
 
 
 
 
 
Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar